Powered By Blogger

2011年12月10日星期六

PAKAIAN TRADISIONAL





Pakaian tradisional
kaum-kaum
di Malaysia





       
CHEONGSAM
  • Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
  • Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
  • Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
  • Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut

SAMFOO
  • Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
  • Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
  • Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUH
  • Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
  • Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
  • Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

BAJU SHANGHAI
  • Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.
  • Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.



CHEONGSAM









PAKAIAN INDONESIA
SARI
  • Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
  • Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.
  • Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
  • Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
  • Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.

BAJU PUNJABI
  • Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

KURTA
  • Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
  • Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
PAKAIAN MELAYU
BAJU KURUNG
  • Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.
  • Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.
  • Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
  • Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
  • Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
  • Terdapat beberapa jenis baju kurung yang terdapat di Malaysia


没有评论:

发表评论